Rabu, 5 Disember 2018

 
AISAH BINTI AHMAD SUTAN
SB 170604899
KAEDAH MENGAJAR BAHASA MELAYU
ESEB 4314


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan sabar mengajarkan tulis kira.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di ibu kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu


Dia adalah guru mewakili seribu buku


Semakin terpencil duduknya di ceruk desa


Semakin bererti tugasnya kepada negara


Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku


Budi yang diapungkan di dulang ilmu


Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat


Menjadi kenangan ke akhir hayat. 


4 ulasan:

  1. Hebatnya seorang cikgu.. mendidik tanpa jemu bukan balasan yg di harapkan melainkan sebuah kejayaan untuk anak didiknya.. terima kasih cikgu jasa mu dikenang

    BalasPadam
  2. Hebatnya seorang cikgu.. mendidik tanpa jemu bukan balasan yg di harapkan melainkan sebuah kejayaan untuk anak didiknya.. terima kasih cikgu jasa mu dikenang

    BalasPadam
  3. tanpa seorang cikgu ...kita bukanlah siapa-siapa..pergorbanan seorang cikgu dapat menjadi kita lebih baik dan cermelang di masa akan datang...terima kasih cikgu jasa mu akan kami kenang selalu

    BalasPadam
  4. Aktiviti sangat menarik, akan tetapi kurangkan penggunaan ABM yang berbentuk kertas akan tetapi banyakkan teknik penyoalan agar mereka lebih berfikir secara meluas. Buat aktiviti yang berbentuk kuiz

    BalasPadam

  AISAH BINTI AHMAD SUTAN SB 170604899 KAEDAH MENGAJAR BAHASA MELAYU ESEB 4314 Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuas...