JENIS-JENIS PERIBAHASA MELAYU
Peribahasa merupakan rangkuman simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan dan perbilangan. Setiap satunya mempunyai sifat dan tujuan yang tertentu.
1. Simpulan Bahasa
Simpulan bahasa merupakan ungkapan yang telah mantap dan mempunyai maksud yang khusus. Simpulan bahasa adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya terdapat daripada apa yang tersirat atau tersembunyi, bukan daripada yang tersurat atau nyata. Ringkasnya, erti simpulan bahasa berlainan daripada perkataan yang digunakan. Ia mempunyai maksud yang berbeza daripada makna harfiah kata-kata dalam ungkapan.
Ciri-ciri Simpulan Bahasa:
Contoh:
a) Panjang tangan- Suka mencuri
b) Periuk nasi- Punca pencarian
c) Buruk siku- sudah diberi, diambil balik
d) Ikat perut- Berjimat makan dan minum
e) Kaki bangku- Tidak tahu bermain misalnya bola.
Namun, Menurut Za'aba, terhasilnya simpulan bahasa adalah dengan berdasarkan empat perkara iaitu:
1) Daripada perbandingan atau kiasan dengan cerita yang masyhur.
-Contoh: Abu Jahal, Mat Jenin, Lebai Malang dan sebagainya.
2) Daripada benda atau kejadian yang berlaku di sekelilingnya
-Contoh: mandi kerbau, mata duitan, kutu embun dan sebagainya.
3) Daripada kepercayaan orang ramai
-Contoh: harimau berantai, buruk siku, dimakan bulan dan sebagainya.
4) Daripada kebiasaan atau resaman bahasa.
-Contoh: ada hati, gila bahasa, beri muka dan sebagainya.
2. Perumpamaan
Perumpaan tergolong dalam peribahasa berlapis, iaitu mengandungi makna tersurat dan tersirat.
Terdapat dua bentuk perumpamaan, iaitu:
a) yang menyatakan perbandingan secara terang-teragnan
b) dan yang tidak menyatakan perbandingan secara terang-terangan.
Perumpamaan yang menyatakan perbandingan secara terang-teranan didahului dengan kata-kata perbandingan seperti, umpama, bagai, laksana, ibarat dan baik; manakala perumpamaan yang tidak disebutkan perbandingan tidak didahului kata-kata perbandingan tersebut.
Contoh perumpamaan yang disebut perbandingan
a. seperti katak di bawah tempurung
b. umpama kaca dengan permata
c. Bagai pungguk rindukan bulan
d. Ibarat air di daun keladi
e. laksana katak diharung ular.
Contoh perumpamaan yang tidak disebut perbandingan
a. Genggam bara api biar sampai jadi arang
b. Diberi betis hendak peha
c. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
3. Bidalan
Bidalan ialah peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat. Ia mempunyai maksud dua lapis. Bagaimanapun bidalan tidak didahului oleh kata sendi nama seperti, bagai, laksana dan umpama.
Perbezaan antara bidalan dengan pepatah ialah bidalan lebih kerap digunakan, mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran> Sedangkan pepatah lebih ringkas sifatnya dan tidak mempunyai pengajaran.
Contoh bidalan:
· Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan
· Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.
· Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
· Hujan emad di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri, Baik juga negeri sendiri.
· Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.
4. Pepatah
Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah. Contoh:
Diam ubi berisi, diam besi berkarat
- orang yang pendiam tetapi berakal itu lebih baik daripada orang yang pendiam tetapi bodoh.
5. Perbilangan
Pepatah atau perbilangan mempunyai struktur yang hampir sama dengan pepatah dan bidalan. Namun, perbilangan disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi. Setiap rangkai pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan atau perkataan.
Perbilangan adat merupakan susunan adat dalam bentuk puisi yang mencerita dan menerangkan sesuatu dan berasal daripada masyarakat Melayu Minangkabau (adat/peraturan). Perbilangan adat ini berasal dan berkembang di daerah Minangkaba dan Palembang yang dikenali sebagai 'Adat Minangkabau'.
Di Malaysia, perbilangan adat ini banyak diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan, iaitu digunakan dalam Adat Pepatih. Perbilangan adat ini diperturunkan dari mulut ke mulut, dari satu generasi ke satu generasi.Perbilangan adat ini mengalami perubahan dan kesesuaian mengikut keadaan dan zaman, seperti pada kedatangan Islam, perbilangan adat mengalami penyesuaian dengan ajaran Islam seperti yang dibuktikan oleh perbilangan ini :
Adat bersendi hukum
Hukum bersendi Kitabullah
Kuat adat, tak gaduhkan hukum
Kuat hukum, tak gaduhkan adat
Ikut hukum, muafakat
Ikut adat muafakat
Ia berkait rapat dengan adat istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat.
Contoh:
Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
Hati manusia sama dicecah, hati gajah sama dilapah.
Cubit paha iri, paha kanan sakit juga.
Ditelan mati emak, diluah mati bapak.
6. Kata Hikmat
Kata hikmat merujuk kepada kata-kata pujangga, ulama atau orang bijak pandai. Kata hikmat dijadikan pedoman hidp dan percakapan umum. Bentuknya ringkas tetapi mempunyai maksud yang benar dan dalam.Mengikut Kamus Dewan, kata hikmat atau kata pujangga ialah perkataan orang bijak pandai yang mempunyai pengertian yang tinggi. Ini bermaksid ungkapan yang berupa nasihat, panduan dan peringatan serta dijadikan pedoman hidup. Zaaba juga menyebut tentang kategori yang sama sebagai lidah pendeta yang didefinisikan sebagai perkataan yang bijak,pendek,sedap, benar dan berisi.
Contohnya "bahasa menunjukkan bangsa", "bersatu teguh bercerai roboh", "maju bangsa maju negara" dan sebagainya. Zaaba juga menyebut tentang kategori yang sama sebagai lidah pendeta yang didefinisikan sebagai perkataan yang bijak,pendek,sedap, benar dan berisi.

semoga bermanfaat..
BalasPadam